Salam Ramadhan Al-Mubarak dan Salam Eid-Fitri Buat Semua Sahabat Saya

Salam ramadhan al-mubarak buat semua sahabat saya. Alhamdulillah, hari ini adalah hari ke 17 kita berpuasa. Kita sudah pun masuk ke 10 hari kedua dalam puasa 1 bulan kita. sudah byk mana amalan tambahan kita yang kita dah berjaya lakukan...? Moga setiap amalan kita di terima Allah SWT. 
Bagaimana dengan persiapan aidilfitri anda?



Aidilfitri yang bakal menjelang tiba nanti, bagaimana pula dengan persiapan aidilfiti buat keluarga dan anak-anak? Alhamdulillah buat ina sekeluarga, persiapan untuk anak-anak dah 75% siap, tinggal nak dicarikan baju melayu sepasang seorang dengan sandal untuk di pakai masa aidilfitri kelak. 

Aldilfitri kali ini, sambutan kami serba sederhana. Menyambut Aidilfitri kali ini, keluarga kecil haji Azzeri akan kurang satu keluarga. Adikku Amirah, suami, isteri dan anak gadisnya akan terbang ke Australia hujung minggu ini untuk menambahkan ilmu di dada. Maka aidilfitri kali ini hanya tinggal keluargaku, dan kedua adik-adikku yang kecil.... Hmm pasti ada sedikit kesunyiaan yang akan di rasai oleh emak dan ayah nanti. Namun pemergian mereka untuk mencari ilmu diiringi dengan doa restu ibu bapaku serta ibu bapa mertua adik ku. 

Keluarga Haji Azzeri kini dihiasi dengan 3 orang cucu, dua hero dan seorang putri. 2 hero adalah anak-anakku Adib dan Mikail serta putri adikku Amani. memperkenalkan Amani Haniya Bt Mohd Hafiz:
Amani Haniya
Memiliki keayuan ibunya, serta ramah seperti ayahnya menjadikan amani sorang yang istimewa. Pasti gelagat dan senyum tawanya akan menjadi keriduaan buat kami sekeluarga. Moga Allah SWT melindungi amani dan keluarganya ketika di sana dan moga mereka selamat pergi dan selamat kembali semula kepangkuan keluarga di Malaysia....jangan cari BF australia pulak ye Amani. Banyak lagi perawan di Malaysia. :)

Cukuplah dulu celotehku kali ini. Di lain masa kita celoteh lagi. Salam Sayang Salam Rindu dari saya #AzlinaAzzeri

Comments

Popular posts from this blog

IV Mist, Minyak Nano Oil Penawar Resdung

A Title That Tells Us All

Aktiviti Adib (^_^)