Menjengah ke Alam Keibuan

Salam sahabatku,

Diam tak diam kini bulan disember mula menjengahkan dirinya.. dan keadaan sedar atau tidak aku kini sudahpun mengandung 6 bulan. Cepat sungguh rasanya masa itu berlalu.

Kalau sebelum nie, hatiku akan berasa sayu, lebih-lebih lagi bila kawan-kawan seangkatanku mengandung dan melahirkan anak.. Terdetik di dalam hati nie, ada peluang ke aku nak jadi seorang ibu?


2 hari lepas, aku ke klinik kesihatan untuk rutin "monthly checkup'....
Pada mulanya segala berjalan dengan lancar, cuma bila tiba masa untuk check perut, misi kata baby besar dari biasa.....
kaget aku sekejap. Tapi bila terkenangkan nasihat suami, ibu dan doktor khairul aku bersabar.... kemudian aku direferkan ke blik doktor untuk rawatan lanjut....
Alhamdulillah, bila di periksa oleh doktor, anakku cukup besarnya..dan bila discan, alhamdulillah aku dapat lihat anakku cukup aktif....

Hanya tinggal 3 bulan sahaja lagi sebelum anakku ini melihat dunia luar.. bagaimanakah dengan persiapan ku? oh well... lets just say that I haven't do anything yet... entah le tak tau le bila nak start...... hehehe..

Comments

Popular posts from this blog

IV Mist, Minyak Nano Oil Penawar Resdung

A Title That Tells Us All

Aktiviti Adib (^_^)