tahun baru..tempat baru..keadaan baru
Alhamdulillah, tahun baru..tempat baru..keadaan baru. Setakat ini kehidupan aku dengan suamiku sudah bertambah ceria.. lebih-lebih lagi dengan kehadiran "bakal" orang baru insyaAllah pada akhir bulan march tahun hadapan.
Awal tahun ini juga, aku sudah tidak duduk di kulim...aku sudahpun memulakan penghijrahanku ke padang rengas perak... karier yang sama.. tapi di situasi yang berbeza. Aku kini bergelar Cikgu Azlina mengajar di salah sebuah SABK di sini. Alhamdulillah pada awalnya aku amat takut kepada perubahan..tapi aku berjaya mengharunginya dengan sokongan keluarga, suami serta kawan-kawan baruku. Still, aku masih menantikan panggilan KDC yang belum kunjung tiba lagi... harap-harapnya bulan june tahun depan adalah rezeki ku dengan sahabatku untuk KDC.
Alhamdulillah, aku juga sekarang nie mengandung anak pertamaku.....dan alhamdulillah anakku kini sudah semakin membesar di dalam tubuhku... sesekali terasa dia menendang dan berpusing-pusing :)
indah rupanya perasan menjadi ibu... terasa bagaikan tak mahu hilang mahupun sedetik masa untuk diluangkan untuk anakku ini... begitu juga dengan suamiku.. :). Moga ALLAH merahmati hubungan kami dengan kehadiran anak kami ini...
Oh ya, kedua mertuaku kini dalam proses melawat Madinah setelah menyelesaikan ibadah haji mereka... dan insyaAllah mereka akan pulang ke tanah air pada 9 Disember kelak... sebelum mereka pergi, tampak kegembiraan dimuka ma dan abah untuk menunaikan ibadah haji mereka...
Cukuplah dulu setakat ini... rasa-rasanya dah banyak sangat celoteh.. sampai dah letih. InsyaAllah kiranya ada perkara menarik lain kelak akan aku update lagi...... moga ketemu lagi...
Comments
Post a Comment